.: Sekilas Info :.
|
Para pengunjung portal yang budiman, Adalah menjadi satu polisi kami bagi anda yang ingin turut serta memeriahkan portal untuk mengantar komen dan membolehkan ianya dipapar agar dapat berdaftar dgn portal ini. Bagi yang berdaftar, akan memiliki kelebihan untuk mengakses ke ruangan artikel yang lebih mendalam. Kami mengharapkan anda akan dapat memanfaatkan portal ini untuk kepentingan bersama. Terima kasih. |
.: Bancian :.
.: Siapa di portal sekarang? :.
Kami ada 6 tetamu online| Herbalisme |
|
|
| Wednesday, 06 February 2008 | |
|
Edisi Pertama – Salam Perkenalan Herba.
Pengenalan Rawatan mengunakan herba merupakan sejenis perubatan tertua yang dikenali manusia. Ia adalah keperluan asas beberapa peradaban zaman silam dan masih digunakan secara meluas sampai hari ini (menurut WHO). Herbalisme ialah sejenis modaliti atau bidang penjagaan kesihatan yang melibatkan penggunaan herba disertai gaya hidup holistik. Pada asalnya, istilah “herba” hanya digunapakai untuk tumbuh-tumbuhan tidak berkayu. Hari ni, herba merujuk kepada mana-mana bahagian tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai perisa atau ubat. Istilah “herba” boleh juga bermaksud sebagai rempah untuk makanan, tetapi, secara umum ia merujuk kepada mana-mana tumbuh-tumbuhan, atau mana-mana bahagian tumbuh-tumbuhan yang mempunyai zat (gizi) dan/atau nilai perubatan.
Perbezaan ketara antara herbalisme dan perubatan moden ialah perubatan moden menggunakan hanya sejenis bahan kimia aktif yang disintesiza di kilang tetapi dalam herbalisme pula, keseluruhan tumbuhan atau bahagian-bahagian tertentu tumbuhan digunakan sebagai bahan pemuliharaan atau perawatan. Terdapat beratus-ratus malahan beribu jenis sebatian kimia dalam sesuatu jenis herba. Setiap sebatian kimia memiliki pelbagai jenis tindakan terapeutik. Tindakan teraputik yang serupa kadang-kadang dimiliki oleh pelbagai jenis sebatian kimia.
Jika aktiviti sesuatu sebatian kimia tumbuhan tersangat giat atau berkuasa, sebatian-sebatian kimia lain dalam tumbuhan tersebut atau dari tumbuhan lain jika ramuan dicampur lebih dari sejenis akan menghadkan kegiatannya. Jika bahan kimia sesuatu herba kurang aktif, bahan kimia lain akan membantu mengaktifkan aktivitinya.
Berjinak-jinak dengan Herba Herba kaya dengan pelbagai jenis nutrien seperti bioflavonoids, carotenoids, fitosterols, glycosides karbohidrat selain pelbagai jenis vitamin dan galian. Air, tanah, iklim, cahaya matahari serta persekitaran adalah antara elemen utama yang mempengaruhi kandungan bahan-bahan tersebut. Setiap jenis herba menghasilkan fitokimia yang berbeza – menghasilkan tindakan-tindakan terapeutik yang berbeza. Terdapat pelbagai jenis herba dan produk herba di sekeliling kita termasuk di dalam belukar, semak, paya, keliling dan halaman rumah selain di dapur. Rencah-rencah yang digunakan dalam masakan adalah kategori herba antara lain seperti bawang dan bawang putih, pelbagai jenis jintan, minyak sayuran, kunyit dan halia, pelbagai jenis herba rempah, pelbagai jenis daun seperti selasih, ruku-ruku, dan serai.
Kesimpulannya, herba bukanlah terhad kepada herba-herba Singseh, yang dikapsulkan atau dalam bentuk cecair yang dijual di kedai-kedai farmasi atau jualan langsung tetapi herba terdapat hampir di mana-mana pun anda berada. Penggunaan herba membantu tubuh menjalankan fungsi fisiologi samada untuk tujuan pemuliharaan atau rawatan kesihatan. Tubuh kita terdiri dari pelbagai jenis organ sistem yang terdiri dari pelbagai jenis bahan kimia yang membentuk sel-sel, enzim-enzim, pelbagai jenis neurotransmitter serta hormon-hormon.
Nutrien yang kita ambil dari makanan yang kita makan membantu memulihara organ sistem tubuh.
Dengan amalan gaya hidup yang sihat serta penggunaan herba-herba tertentu dengan sifat-sifat anti-penuaan secara berterusan boleh membantu seseorang mengalami awet muda dengan membantu organ sistem berfungsi dengan lancar, kulit yang cantik dan tegang serta kurang kemungkinan menghidapi penyakit termasuk penyakit-penyakit degeneratif.
Herbalis Bahrain, RH (AHG) http://www.sembangherba.blogspot.com |
|
| Terakhir dikemaskini ( Thursday, 11 June 2009 ) |
| < Prev |
|---|






