.: Sekilas Info :.

 
 
Salam perkenalan dari saya. Saya akan menulis dalam ruang Nutrisi Holistik.
Pastikan anda terus menjadikan anjungherba sebagai rujukan berwibawa anda.
 

.: Bancian :.

Adakah anda percaya pada keberkesanan herba dalam merawat penyakit yang anda alami?
 

.: Siapa di portal sekarang? :.

Kami ada 20 tetamu online
DEFINASI NUTRISI HOLISTIK PDF Cetak E-mail
Friday, 15 February 2008

 
 
Nutrisi Konvensional

Secara umum terapi nutrisi pemakanan konvensional melibatkan pengambilan pemakanan untuk tujuan pencegahan dari penyakit dan merawat keadaan-keadaan kesihatan. Ia biasa digunakan oleh pakar-pakar nutrisi dan juga doktor-doktor perubatan moden.

Jika seseorang sembelit pakar nutrisi atau doktor akan mencadangkan makan makanan berfiber, makan sayur-sayuran dan buah-buahn dan minum air hingga lapan gelas sehari.

Mereka yang didapati berpotensi menghidap atau sedang mengalami penyakit jantung akan dinasihatkan antara lain misalnya mengurangkan pengambilan lemak terutama lemak tepu termasuk mengurangkan pengambilan daging berlemak.

Terapi nutrisi secara umum cuba membantu meredakan penyakit dengan mencadangkan pola pemakanan termasuk jenis-jenis makanan yang perlu diambil. Jika pakar nutrisi berkerja bersendirian seperti membuka klinik sendiri mereka juag mencadangkan pelbagai jenis makanan tambahan seperti formula-formula sereal atau sereal yang digabungkan dengan herba, pelbagai enzim dan vitamin, dan fitonutrien.

Nutrisi holistik

Terapi nutrisi holistik bukan sekadar melibatkan makanan untuk tujuan pemuliharaan dan meredakan penyakit. Nutrien bukan sekadar zat-zat yang dimakan seperti makanan-makanan sihat dan organik. Nutrisi holistik melibatkan pengambilan pelbagai bentuk ’makanan’ untuk minda, emosi, tubuh dan kerohanian.

Oleh itu terapi nutrisi holistik melibatkan penjagaan kesihatan terhadap seseorang secara keseluruhan. Selain gaya hidup holistik (biasa digunakan oleh perubatan moden dan nutriusi konvensional sebagai gaya hidup sihat) termasuk pemakanan, pakar-pakar nutrisi holistik akan mencadangkan pelbagai nutrisi semulajadi lain seperti herba, aromaterapi, akupresur, urutan, hidroterapi, magnet terapi, kerohanian. Dalam keadaan tertentu makanan tambahan seperti vitamin, nutrasiutikal, enzim juga dicadangkan kepada pesakit-pesakit.
Pakar-pakar nutrisi holistik membantu pesakit bukan dengan menghilangkan simtom tetapi mencari punca pencetus simtom-simtom. Herbalis atau sebarang pakar modaliti penjagaan kesihatan alternatif yang kurang pendedahan mengenai ilmu nutrisi holistik sekadar membantu seseorang yang menghidap penyakit-penyakit seperti selsema, migraine atau tonsilitis menghilangkan simtom-simtom yang dihidapi dengan mencadangkan herba-herba tertentu. Sekali imbas, mereka menggunakan metodologi yang serupa yang digunapakai oleh doktor-doktor perubatan moden dan pakar-pakar nutrisi moden.

Pakar-pakar herba yang mahir dengan nutrisi holsitik pula akan mencari punca-punca asal simtom-simtom tersebut yang biasanya melibatkan ketikseimbangan sistem-sistem tubuh tertentu, gaya hidup pesakit, sejarah penyakit-penyakit yang pernah dihidapi, pengambilan ubat-ubatan moden atau jenis lain, dan pola pemakanan.

Apabila aspek-aspek tersebut telah dikenapasti cadangan yang diberikan kepada pesakit akan mengandungi gaya hidup holistik, cadangan penggunaan herba, nutrasiutikal, makanan-makanan tambahan (supplements) seperti vitamin-vitamin bergantung kepada keperluan, pelbagai kaedah perawatan semulajadi menurut keperluan.

Ketidakseimbangan punca Penyakit


Berlebihan gula punca pelbagai penyakit antara lain seperti obesiti, diabetes, migraine, tekanan darah tinggi, arthtiris dan lain-lain. Berlebihan gula menyebabkan wujudnya manusia dalam kategori degil, melanggar undang-undang, dan sukar memberi tumpuan.

Makan berlebihan menghasilkan penyakit-penyakit keradangan seperti migraine, arthritis, tonsilitis, obesiti dan lain-lain. Seseorang yang biasa mengambil makanan bersumber dari makanan terproses seperti kerepek kentang goreng, kek, aiskerim, makanan sejuk beku yang mudah disediakan juga boleh mengalami masalah-masalah kesihatan yang disebutkan.

Selain itu stres emosi, stres fisikal, biasa mengambil ubatan moden, kurang aktif secara fisikal, kurang kena sinaran cahaya matahari juga menjadi punca pelbagai penyakit.

Penyakit-penyakit yang wujud hari ini adalah kerana tangan-tangan manusia. Maksudnya kebanyakan penyakit kita undang sendiri ke dalam tubuh dengan mencetus ketidakseimbangan fungsi organ sistem dan biokmia.

Individu yang kurang mengasuh kerohanian juga akan mudah murung, resah, tidak sabar, mudah menyampah dengan situasi serta orang lain. Mereka ini juga mudah mengalami pelbagai jenis penyakit.

Kita dengar orang dulu-dulu gigi mereka tahan sampai umur 90 atau 100 tahun. Adakah sebab mereka tidak makan makanan manis seperti gula-gula, air manis, aiskerim yang memang tidak wujud ketika itu? Jawapannya ada dalam gaya hidup holistik.

Gaya hidup holstistik ialah makan makanan yang sesuai dan tidak berlebihan. Mereka minum air bergalian terdiri air galian dan air sungai. Mereka biasa makan sayur-sayuran dengan nutrien yang lebih seimbang. Mereka masak menggunakan garam laut. Mereka makan lelemak sihat seperti minyak kelapa dan santan. Mereka hidup tidak terkejar-kejar seperti kebanyakan individu hari ini. Mereka cergas bergerak ke sana ke mari berjalan kaki atau berbasikal (ketika wujud basikal dan yang mampu). Mereka tidak kenal ubat-ubatan moden. Mereka makan herba-herba yang mudah didapati jika mereka menghidapi penyakit. Mereka bersikap baik sangka dan berkasih sayang dengan keluarga, masyarakat dan terutama pada Allah.

Mungkin ada yang berbisik dalam hati. Hampir semua yang disebutkan mustahil diamalkan hari ini. Benar tidak semua. Tetapi kita masih lagi boleh memilih untuk mengoptimakan kesihatan tubuh, minda/emosi serta kerohanian kita.

Pemuliharaan Kesihatan adalah Tanggungjawab Anda

Sepertimana anda mencari sumber kewangan untuk menyara diri dan keluarga, sholat, munajat dan tawadhu’ kepada Allah, menjaga kesihatan tubuh badan dan emosi juga adalah tanggungjawab utama.

Hari ini nafsu makan kita terhadap iklan-iklan makanan segera dan ringan disemarakkan lagi dengan iklan-iklan yang memujuk alam spara sedar kita. Jika kita tahu tanggungjawab kita ialah menjaga kesihatan dengan menolak bahaya, jika sebelum ini kita biasa makan makanan-makanan tersebut kita akan mula kurangkan mengambilnya.

Jika kita amalkan ajaran Islam iaitu Allah pun mengarahkan Nabi Muhammad SAW supaya berdoa, ’Ya Allah, tambahilah ilmuku.’ Begitu juga dengan doa-doa yang dicontohkan Nabi saw dengan permintaan moga beliau dikurniakan ilmu-ilmu yang bermanafaat.

Itulah sebabnya nutrisi holistik merangkumi ’pemakanan’ untuk semua elemen-elemen yang menjadi tunggak kehidupan manusia. Dan kerohanian adalah salah satu darinya.

Sebagai kesimpulan, perspektif penjagaan kesihatan holistik meliputi penglibagtan pelbagai elemen yang diambil kira bertujuan membantu samada seorang yang sihat atau dengan mengalami penyakit memperbaiki pelbagai aspek dalam kehidupan. Terapi nutrisi holistik membantu tubuh memulihara dan mengembalikan keseimbangan yang diperlukan oleh organ sistem tubuh.


Ia bukan sekadar menghilangkan simtom-simtom tetapi biasanya boleh menyumbang kepada tahap kesihatan cemerlang yang berkekalan. Tahap kesihatan cemerlang menjadikan seseorang kurang kemungkinan menghidap pelbagai penyakit serta kurang gangguan bukan sahaja pada tubuh tetapi juga minda/emosi, serta kerohanian.

Herbalis Bahrain  MH
diambil dari blog rasmi En. Bahrain MH 
Terakhir dikemaskini ( Friday, 15 February 2008 )
 
< Prev

.: Gambar Pilihan :.

IMG_2976.JPG

.: Syndicate :.

Copyright 2010 www.anjungherba.com.