.: Sekilas Info :.

Kami di anjungherba.com prihatin dengan masalah kesihatan tuan, puan. Jadi sekiranya terdapat masalah kesihatan dan ingin mencuba kaedah perawatan herba, sila ajukan masalah kesihatan anda kepada kami dengan maklumat yang lengkap untuk kami analisa dan memberi cadangan perawatannya. Sila emailkan kepada Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
 

.: Bancian :.

Adakah anda percaya pada keberkesanan herba dalam merawat penyakit yang anda alami?
 

.: Siapa di portal sekarang? :.

Kami ada 10 tetamu online
Ketaksuban Herba? PDF Cetak E-mail
Tuesday, 29 April 2008
Index Artikel
Ketaksuban Herba?
Muka 2

diselidik, di kaji, di bangunkan sebagai produk yang mempunyai prospek yang bagus.

 Ada juga sesetangah pengeluar produk yang lebih khusus memfokuskan kepada beberapa jenis herba yang sangat di percayai amat mujarab untuk semua jenis penyakit. Mereka mendakwa, herba tersebut mampu menyembuhkan dari kencing manis, darah tinggi, ghout, sakit jantung dan berbagai jenis penyakit yang kronik. Dari satu sedut kita harus menganalisis kompaun yang terdapat didalam herba tersebut adakah ianya MAMPU menyembuhkan atau sekadar meredakan penyakit-penyakit lain secara sampingan. Dari segi yang lain, ianya merupakan satu kepercayaan secara empiris sahaja. Bagi pandangan saya, setiap tumbuhan dijadikan khusus oleh Tuhan dengan fungsi dan kegunaan yang tersendiri. Walaubagaimanapun, istilah herba yang dibandingkan dengan ubatan sintetik adalah berdasarkan sifat keseluruhan kompaun kimia yang tidak di sisih malahan diguna keseluruhan berbanding ubatan sintetik yang cuma kompaun tertentu yang dipilih semasa proses ekstraksi. Secara logiknya, kompaun-kompaun yang tidak disisih tersebut akan menimbulkan sinergi dalam tindak balas kimia didalam badan dan ianya akan membantu tubuh kita yang juga mempunyai sakit-sakit lain untuk memperbaiki dari gejala sakit tersebut walaupun ia tidak khusus menyembuh. Itulah antara kebesaran dan keajaiban Tuhan menciptakan tumbuhan yang berkhasiat dan berguna dalam kehidupan seharian.

 Justeru itu beberapa herba yang telah dikenal pasti dan digunakan didalam produk yang kita lihat di iklan tersebut mungkin adalah berdasarkan testimoni dan empiris dan boleh diterima. Namun persoalannya sekarang, adakah dengan beberapa kerat herba ini sahaja yang mampu kita hasilkan sebagai produk sehingga mewujudkan produk-produk klon yang bertaburan di pasaran? Siapa yang dapat menyangka rumput yang di pesisir jalan pun boleh dijadikan produk jika kita tahu apa sifat kimianya. Teruskan pencarian anda bersama kami di anjungherba.com
 


Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 29 April 2008 )
 
< Prev   Seterusnya >

.: Gambar Pilihan :.

IMG_2978.JPG

.: Syndicate :.

Copyright 2012 www.anjungherba.com.