.: Sekilas Info :.
|
Kami di anjungherba.com prihatin dengan masalah kesihatan tuan, puan. Jadi sekiranya terdapat masalah kesihatan dan ingin mencuba kaedah perawatan herba, sila ajukan masalah kesihatan anda kepada kami dengan maklumat yang lengkap untuk kami analisa dan memberi cadangan perawatannya. Sila emailkan kepada
Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
|
.: Bancian :.
.: Siapa di portal sekarang? :.
Kami ada 12 tetamu online| Jangan Makan Herba |
|
|
|
| Wednesday, 20 May 2009 | ||||
Muka 2 terhadap 2 “Ia bergantung kepada keperluan seseorang. Pada pandangan saya, orang awam perlu mengetahui kegunaan terapeutik, sukatan, serta kontraindikasi sesuatu jenis herba sebelum digunakan.” Saya berhenti sejenak sambil cuba memerhatikan reaksi orang yang bertanya. Kelihatan, dia menantikan jawapan. “Seseorang perlu tahu samada mereka perlu menggunakan sesuatu jenis herba atau tidak.” “Untuk sesuatu jenis herba, bagaimana cara seseorang memilih produk keluaran mana yang harus dibeli?” “Yang itu bergantung kepada preferences seseorang atau cara mereka menilai dari beberapa segi. Saya percaya setiap orang memiliki kriterea tersendiri ketika membuat pilihan.” Sekali imbas, saya dapati ramai orang merasa rimas dengan ‘lambakan’ pelbagai jenis produk herba di pasaan tempatan termasuk dalam bentuk the uncang. Pada saya, why should one be bothered kalau ia memang tidak berminat untuk membeli atau mengetahui mengenai kegunaan herba-herba tersebut. “Terdapat sebuah syarikat yang sedang rancak mengiklankan produk-produk mereka di pasaran termasuk kalau tak silap herba untuk hati.” “Sekali lagi saya katakan, tidak hairan jika timbul syarikat-syarikat Malaysia yang agresif dari segi pemasaran dan pengiklanan. Fenomena mempromosi pelbagai produk herba sedang rancak bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Setiap syarikat menonjolkan kekesanan produk mereka dari sudut-sudut tertentu yang mereka fikirkan dapat membantu menarik perhatian orang.” “Yang hairan tu terdapat syarikat atau individu tertentu yang menawarkan perubatan elektronik. Mereka ni ngalahkan doktor la pulak!” Yang dimaksudkan beliau ialah sejenis perubatan homeopathy peringkat advanced. “Pada saya setiap jenis alat atau bahan yang digunakan oleh pengamal-pengamal penjagaan kesihatan alternative bukan untuk mengalahkan teknologi atau kaedah yang digunakan oleh doktor.” “Bukankah teknik dan kaedah yang digunakan oleh doktor teruji?” “Benar. Dalam bidang alternatif pula, kebanyakan kaedah yang digunakan untuk membantu merawat pesakit sebenarnya teruji secara empiris, iaitu dalam bentuk pemerhatian ke atas kekesanan sesuatu jenis bahan atau produk. Sesetengah produk dan alat memang mendapatkan kelulusan dari badan-badan tertentu samada yang direcognized oleh kementerian kesihatan sesebuah negara atau pun tidak.” “Saya kenal seorang doktor. Dia ialah salah seorang yang meluluskan produk-produk herba ni.” Dalam benak saya segera terbayang BPFK iaitu sebuah badan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di Petaling Jaya yang bertanggungjawab mengeluarkan MAL serta pemantauan terhadap produk-produk herba. “Dia kata kalau makan herba hendaklah 4 jam selepas makan ubatan moden. Ubatan moden hanya bertindak selepas beberapa jam selepas disuntik atau dimakan.” “Mungkin yang beliau maksudkan ialah bimbang mengenai tindakbalas antara ubatan moden dan herb yang diambil. Mungkin samada dari sudut tindak balas sampingan atau kesan herba mengurangkan kekesanan ubatan moden yang diambil.” “Apa pendapat you?” “Setakat ini saya masih pegang bahawa herba boleh diambil 1 sebelum atau 1-2 jam selepas pengambilan ubatan moden. Mengenai kesan tindakbalas yang paling saya perhatikan ialah kesan penguatan. Contohnya noni akan menguatkan lagi kesan pencairan ubatan moden yang memberi kesan mencairkan darah. Jadi dalam kes ini saya selalu cadangkan seseorang samada mengurangkan sukatan noni yang diambil, mengurangkan sukatan ubatan moden yang diambil. Selepas seminggu mereka boleh memilih untuk berhenti dari mengambil ubatan moden tersebut dan meneruskan pengambilan herba. Kesan yang lain ialah kesan berlawanan. Contohnya akar manis atau licorice akan menutralkan kesan ubatan yang menyumbang fungsi antihypotensive (merendahkan tekanan darah). Biasanya saya tidak akan mengpresprikripsi herba-herba yang memiliki sifat yang berlawanan dengan ubatan moden yang diambil. Walau bagaimana pun, pada keadaan tertentu, saya akan mencampurkan contohnya licorice tadi dalam bentuk formulasi yang terdiri dari pelbagai jenis herba. Pemilihan herba-herba dalam formulasi biasanya menitikberatkan supaya mengurangkan kesan hypertensive (meningkatkan tekanan darah) licorice. Pertimbangan ini hanya berupaya dilakukan oleh herbalis pakar.” Beliau diam. Beliau membelek-belek buku-buku tulisan saya yang berada di atas meja. “Doktor perubatan atau pakar farmasi selalu melihata sesuatu isu dari perspektif mereka yang berdasarkan ilmu yang biasa pada mereka. Jika dalam setiap keadaan mereka terus bersikap demikian, itulah sebabnya mengapa mereka akan mengatakan kaedah perawatan alternatif tidak berkesan atau mengganggu perawatan yang dijalani oleh seseorang dengan menggunakan kaedah perubatan moden.” “Beliau juga kata jangan makan herba.” Saya diam. Sengaja tunggu elaborasi terhadap kenyataan tersebut. “Dia kata ubatan-ubatan moden sudah teruji secara klinikal. Sebaliknya ubatan herba cuma sebut-sebut macam tu. Tiada ujian klinikal.” “Saya setuju kalau dikatakan herba ini atau itu digunakan secara tradisional untuk meredakan penyakit itu dan ini. Itu maksudnya kaedah ujian yang dijalankan ialah secara empiris yang memang berbezadari ujian klinikal. Untuk pengetahuan tuan, dari hari ke hari ada saja kajian-kajian sains terbaru, samada di barat atau timur menunjukkan kebenaran kesan-kesan teraputik sesuatu jenis herba seperti yang didakwa oleh pengamal-pengamal perubatan tradisional.” Penjagaan kesihatan dan perawatan dengan menggunakan herba bukan bermaksud untuk menutup hospital. Saya percaya sampai abad bila-bila pun akan datang, hospital dan klinik akan tetap dikunjungi. Dalam kesibukan dan riuh rendah orang menyampaikan maklumat mengenai penggunaan herba, sepupu saya memiliki 16 buah klinik. IJN tambah bangunan baru. Biarlah doktor-doktor dengan tugas mereka merawat dan menyelamatkan nyawa orang ramai. Dan benarkan kami menyampaikan maklumat yang betul dalam bentuk pendidikan mengenai herbalisme dan penjagaan kesihatan holistik. Pada keadaan tertentu, kedua-dua jenis perawatan boleh dilakukan secara komplementari dan pada keadaan lain, berpunca dari pelbagai faktor, seseorang boleh memilih samada ingin menggunakan sistem perawatan moden atau alternatif termasuk dengan menggunakan modaliti herbalisme seperti yang diamalkan oleh saya. Artikel ini mula-mula tersiar dalam SEMBANG-SEMBANG HERBA. Herbalis Bahrain, RH (AHG) SEMBANG-SEMBANG HERBA
|
||||
| Terakhir dikemaskini ( Thursday, 21 May 2009 ) | ||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|







