.: Sekilas Info :.

  Para pengunjung portal yang budiman,
 
Adalah menjadi satu polisi kami bagi anda yang ingin turut serta memeriahkan portal untuk mengantar komen dan membolehkan ianya dipapar agar dapat berdaftar dgn portal ini. Bagi yang berdaftar, akan memiliki kelebihan untuk mengakses ke ruangan artikel yang lebih mendalam. Kami mengharapkan anda akan dapat memanfaatkan portal ini untuk kepentingan bersama. Terima kasih.
 

.: Bancian :.

Adakah anda percaya pada keberkesanan herba dalam merawat penyakit yang anda alami?
 

.: Siapa di portal sekarang? :.

Kami ada 18 tetamu online
Detoks E-mail
Wednesday, 20 May 2009
Index Artikel
Detoks
Muka 2

dan setiap satu berinteraksi atau berkomunikasi dengan yang lain. Ketidakcekapan atau kegagalan sejenis organ sistem akan mempengaruhi organ sistem lain. Prinsip atau pandangan ini berbeza dengan yang dianuti oleh budaya perubatan moden di mana dikatakan pada kebanyakan keadaan mereka menganggap tubuh hanya terdiri dari mesin-mesin wujud secara individu.

Mereka faham bahawa setiap sistem mempunyai pengaruh terhadap sistem lain tetapi ketika menangani keadaan kesihatan atau penyakit mereka hanya menumpukan pada simtom. Jika tumpuan diberikan pada punca pun boleh dikatakan pada kebanyakan masa mereka menumpukan pada 'organ-organ yang terlibat' sahaja dengan kewujudan simtom. 

Contoh maksud 'organ yang terlibat' ialah kalau sakit kulit contohnya diberikan tumpuan pada kulit. Sakit kepala diberikan tumpuan pada kepala, sakit mata hanya diberi tumpuan pada mata. Sering demam dan batuk diberikan tumpuan bagaimana mengatasi demam dan batuk. Sakit-sakit sendi dan otot diberikan tumpuan sebagai pesakit yang mengalami rheumatism dan/atau arthritis. Obesiti diberikan kaedah dan ubat untuk mengatasinya sahaja. Perut berangin hanya diberi tumpuan bergantung kepada simtom: diberikan antacid kalau didapati perut berasid, diberikan ubat mengurangkan angin.

Dari perspektif kesihatan holistik pula setiap penyakit yang disebutkan berpunca daripada disequilibrium pada organ sistem tubuh. Penyakit-penyakit tersebut juga boleh wujud secara serentak. Contohnya sering demam dalam setahun, sakit kepala, arthritis. Sering sakit mata, batuk, perut berangin, sukar buang air besar berselang seli dengan diarea.

Memang bukan setiap penyakit yang timbul mesti diiringi oleh penyit yang lain. Saya hanya memberikan contoh. 

Sekarang kita masuk topik detoksifikasi. Proses detoks atau penyahtoksin dijalankan oleh keseluruhan sel-sel tubuh tetapi terdapat organ sistem tertentu yang menjalankan peranan yang sangat jelas iaitu hati. Hati memiliki lebih dari 500 fungsi antara lain ialah menjalankan detoksifikasi terhadap bahan-bahan seperti makanan, ubat-ubatan, bahan-bahan kimia. Ia menggunakan cytochrome p450 (CYP450) iaitu sejenis enzim yang dibina dari asid-asid amino. Setiap enzim CYP450 mempunyai afiniti atau kecenderungan untuk mendetoks bahan-bahan kimia dari kategori tertentu yang biasanya ditentukan oleh struktur kimia.

Tugas CYP450 dibantu oleh beberapa jenis vitamin dari vitamin B, Magnesium dan Zinc. Ia tidak bertindak bersendirian tetapi dibantu  oleh antioksidan semulajadi tubuh iaitu glutathione oxidase, antioksidan dari luar seperti vitamin A, E, gamma orizanol, dan pelbagai jenis bioflavonoid.

Selain hati, organ-organ eliminasi seperti paru-paru, kulit, usus kecil dan besar, sistem genitourinari (buah pinggang dan salur kencing) juga memainkan peranan penting terutama terhadap fasa pertama eliminasi yang terdiri dari produk serta produk hiliran yang larut air.

Hati dan organ-organ eliminasi sememangnya dicipta oleh Allah untuk membantu mengnyah toksin. Kecekapannya bergantung kepada pelbagai faktor seperti umur, pemakanan, keseimbangan nutrien, keadaan kesihatan, kecenderungan mengambil ubatan moden, bersenam, stress (rokok, gula, kopi penyakit, kerja terlalu keras, tekanan kerja adalah punca-punca stress), .

Jadi, sepanjang kehidupan seseorang, organ-organ eliminasi tersebut mungkin mengalami ketidakkesempurnaan dari segi fungsi. Dengan penerangan yang diberikan ia menunjukkan bahawa setiap orang boleh mengalami ketidakseumpurnaan detoksifikasi. Sesetengah orang mengalaminya secara teruk dan sesetengah orang pula secara sederhana. Organ-organ yang terlibat juga berbeza yang bergantung kepada fisiologi termasuk jenis metabolisme seseorang.

Detoksifikasi memang dijalankan secara otomatik oleh tubuh. Tetapi terdapat faktor-faktor samada membantu, menjadikannya kurang cekap atau langsung membantutkan proses tersebut. Gejala-gejala atau simtom-simtom yang saya sebutkan ialah tanda-tanda darah kotor atau ketidakcekapan proses detoksifikasi atau eliminasi walau pun setiap satu simtom tersebut boleh berpunca dari ketidakseimbangan biokimia atau fisiologi yang lain.

Konsep darah kotor diketahui oleh pengamal-pengamal tradisional sejak zaman berzaman. Dengan pengetahuan sains contohnya patofisiologi, herbalis moden dapat mengaitkan kesan ketidakseimbangan organ sistem tertentu atau beberapa jenis organ sistem dengan kehadiran simtom-simtom.

Contohnya, dari sudut perubatan tradisional China, sakit kulit dikaitkan dengan ketidakcekapan fungsi paru-paru yang mana dari sudut fisiologi moden ia adalah salah satu organ yang menjalankan detoksifikasi (menggunakan CYP450). Dari perspektif herbalisme barat ia dikatakan berpunca antara lain ketidakcekapan fungsi hati, gastro-usus, genitourinari, kulit, paru-paru samada secara bersendirian atau gabungan.

Darah kotor hasil ketidakcekapan detoksifikasi mengandungi bahan-bahan berasid yang mengundang kepada peningkatan radikal bebas, keradangan dan penyakit-penyakit hasil keradangan, kerosakan sel dan DNA, ketidakcerkapan sistem kekebalan, dan gangguan fungsi pada organ sistem.

Pada pandangan saya proses detoksifikasi perlu dijalankan oleh setiap orang terutama seseorang yang berisiko tinggi untuk mengalami darah kotor berdasarkan faktor-faktor yang saya sebutkan di atas. Cara-cara untuk mengatasi darah kotor ialah

  • Kurangkan/elakkan dari punca-punca yang meningkatkan risiko seperti yang disebutkan.
  • Elakkan makan secara berlebihan
  • Elakkan makanan-makanan reaktif iaitu yang mengalami tindak balas sistem kekebalan. Untuk mengetahui lebih lanjut sila baca buku saya KAWAL BERAT BADAN
  • Makan makanan menurut metabolisme. Untuk mengetahui lebih lanjut sila baca buku saya KAWAL BERAT BADAN
  • Minum 6 – 8 gelas air sehari
  • Bersenam secukupnya sekurang-kurangnya berjalan pantas 30 minit setiap kali, 3 X seminggu
  • Gunakan garam gunung Himalaya dalam masakan. Ia menyumbang pelbagai jenis elemen kelumit yang dipercayai membantu proses detoksifikasi tubuh.

Makan berlebihan menyebabkan input bahan-bahan untuk didetoks melebihi kapasiti yang boleh dijalankan oleh hati dan sel-sel lain dalam tubuh. Jika ia berlaku secara berterusan, makhluk baru akan wujud yang terdiri dari gabungan antigen-produk hiliran detoks.

Tindak balas makanan berpunca dari makan makanan tertentu dan sistem kekebalan bertindakbalas terhadap makanan tersebut dan menimbulkan keradangan. Jika berlaku secara berpanjangan ia dipercayai jadi punca darah kotor, membebankan fungsi hati serta organ-organ yang terlibat dengan eliminasi.

Antara herba yang dapat membantu detoksifikasi ialah:

  • Sayur-sayuran dari pelbagai jenis
  • Pelbagai jenis buah-buahan yang kurang manis
  • Cuka epal (Apple cider vinegar)
  • Minyak zaitun (extra virgin)
  • Kulit buah dan batang manggis, buah delima, buah senduduk masak
  • Rebusan tulang ayam, lembu, ikan (direbus dengan api sederhana antara 2 - 8 jam
  • Beberapa jenis cendawan termasuk Shiitake dan Ganoderma
  • Bawang putih dan bawang
  • Kunyit, temu lawak
  • Akar Seruntun atau Putrawali (patawali)
  • Triphala (sejenis herba gabungan dari tiga jenis herba India)
  • Tutup Bumi (rebusan keseluruhan tumbuhan).
  • Dandelion
  • Lobak putih
  • Kau Chi (Kei Chi atau Go Ji). Boleh didapati dari kedai singseh sebut Kei Chi.

Setiap herba tersebut mempunyai afiniti samada terhadap organ sistem tertentu atau lebih dari sejenis organ sistem.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tindakbalas makanan dan kategori metabolisme sila baca buku saya KAWAL BERAT BADAN terbitan ALAF 21.

                                                                           Herbalis Bahrain, RH (AHG)

www.artikelcikguherba1.blogspot.com

Blog Utama: SEMBANG-SEMBANG HERBA

www.sembangherba.blogspot.com

 

 

 



Terakhir dikemaskini ( Thursday, 21 May 2009 )
 
< Prev   Seterusnya >

.: Gambar Pilihan :.

IMG_2968.JPG

.: Syndicate :.

Copyright 2010 www.anjungherba.com.