.: Sekilas Info :.

Kami di anjungherba.com prihatin dengan masalah kesihatan tuan, puan. Jadi sekiranya terdapat masalah kesihatan dan ingin mencuba kaedah perawatan herba, sila ajukan masalah kesihatan anda kepada kami dengan maklumat yang lengkap untuk kami analisa dan memberi cadangan perawatannya. Sila emailkan kepada Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
 

.: Bancian :.

Adakah anda percaya pada keberkesanan herba dalam merawat penyakit yang anda alami?
 

.: Siapa di portal sekarang? :.

Kami ada 17 tetamu online
Perubatan Alternatif dibayangi Paradigma Perubatan Moden PDF Cetak E-mail
Wednesday, 20 May 2009
Pelbagai jenis ubatan moden dikenal pasti membantu kita ‘memperbetul’ keadaan kesihatan yang tidak diingini. Dari hari ke hari juga kita dengar pelbagai kesan sampingan dialami oleh pesakit-pesakit.

Sesetengahnya mengalami kesan serius dan yang lain pula mengalaminya selama bertahun-tahun.

Itulah sebabnya ramai yang kononnya takutkan kesan sampingan berubah mendapatkan rawatan-rawatan alternatif. Rawatan-rawatan alternatif ini antara lain ialah pengamalan herba-herba, suplemen bernutrien atau suplemen makanan ‘super’ (superfood supplements).

Masalah yang timbul bukan dari penggunaan atau pengamalan rawatan-rawatan alternatif tersebut tetapi kesan terhadap sikap dari cara mereka menangani cabaran kesihatan mereka.

Kebanyakan orang hari ini berjumpa dengan pengamal perubatan alternatif misalnya tukang urut, tukang jampi, pakar urut aromaterapi, pakar akupuntur, ataupun herbalis sama saja cara mereka berjumpa doktor untuk menyelesaikan masalah kesihatan.

Sebelum ini mereka berjumpa doktor supaya doktor dapat memberi preskripsi sejenis atau beberapa jenis ubatan moden untuk meredakan keadaan kesihatan yang dialami. Hari ini mereka mendapatkan rawatan alternatif untuk meredakan simptom-simptom tanpa mahu atau kurang ambil peduli untuk mengetahui dari mana punca penyakit yang mereka alami.

Keserupaan adalah dari segi bahawa rawatan moden dan rawatan yang diamalkan pesakit hanya meredakan simptom. Jika seseorang sering batuk atau sering selesema, doktor akan memberi preskripsi ubatan untuk menghilangkannya. Begitu juga apabila berjumpa seorang herbalis, individu ini hanya perlukan herba yang menghentikan batuk atau selesemanya.

Apabila seseorang bertanya kepada doktor bagaimana seseorang sering batuk atau selesema, kemungkinan jawapan yang selalu diterima ialah ‘sedang musim batuk dan selesema atau perubahan cuaca’.

Pakar perubatan alternatif yang mahir dapat mengaitkan masalah keradangan yang dialami dengan pemakanan termasuk tindak balas makanan dan tekanan (stres fizikal/emosi) sebagai punca dan mereka mencadangkan langkah-langkah yang wajar diambil untuk meredakannya di samping pesakit menjalani atau mengambil perawatan alternatif.

Jika modaliti perawatan alternatif contohnya herba diaplikasi semata-mata dari perspektif mengubati simptom iaitu contohnya herba Gotu Kola (pegaga) atau Ashwagandha sesuai untuk merehatkan sistem saraf, tetapi langkah-langkah yang sesuai tidak diambil untuk meredakan kemurungan dari segi gaya hidup maka serupalah seseorang terus bergantung kepada ubatan moden seperti Prozac.

Akhirnya seseorang hanya sihat atau bebas simptom tetapi tidak bebas daripada penyakit yang lebih besar kesannya terhadap kesihatan yang sedang dijana. Kesan kemurungan berpanjangan yang tidak diatasi dengan baik contohnya mengganggu keseimbangan pelbagai hormon lalu mengakibatkan gangguan kepada pencernaan dan menyebabkan ketoksikan (toxicity) dalam darah kerana tindak balas makanan. Pada jangka panjang ini akan menimbulkan pelbagai jenis penyakit degeneratif.

Punca-punca kebanyakan jenis penyakit hari ini ialah gaya hidup. Migrain, artritis, obesiti, kencing manis, sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, gastritis adalah penyakit yang dicipta oleh seseorang berpunca daripada gaya hidupnya.

Mungkin lebih dari separuh rakyat Malaysia tidak bersenam, kurang kena cahaya matahari, merokok serta makan ikut selera. Mereka juga mungkin gemar makan makanan terproses, bergoreng, bermarjerin dan berlemak terhidrogenasi dan tinggi paras gula. Ramai juga yang kurang atau boleh dikatakan tidak mengambil sayur-sayuran.

Apabila sakit mereka mendapatkan contohnya urutan aromaterapi, akupuntur atau herba untuk meredakannya. Penyakit-penyakit tersebut akan timbul semula di samping mereka akan mudah mengalami penyakit-penyakit lain kerana mereka tidak mempedulikan gaya hidup.

Perubatan alternatif berbeza daripada perubatan konvensional di mana sepatutnya ubatan atau kaedah rawatan alternatif bertindak dengan lebih baik jika pesakit mengambil berat mengenai perubahan gaya hidup.

Pakar-pakar alternatif yang sentiasa meningkatkan ilmu contohnya menyarankan mengambil garam laut asli atau garam gunung menggantikan garam halus yang dipercayai tidak lagi berkhasiat dan tidak seimbang. Mereka juga menyarankan supaya mengelakkan minum air hasil osmosis songsang (reverse osmosis) tetapi sebaliknya ambil air bertapis yang bergalian.

Mereka menyarankan supaya mengurang/hentikan pengambilan minyak omega-6 seperti minyak jagung, canola, bunga matahari, safflower, kacang soya kerana kesemuanya menyumbang sebagai agen keradangan yang tidak diperlukan selain ia dipercayai mengganggu fungsi-fungsi membran sel.

Mereka yang arif juga menyarankan supaya mengambil lepa susu (butter) asli diperbuat dari 100 peratus susu lembu bukan lepa susu yang dicampur dengan lemak sayuran terhidrogenasi.

Elemen-elemen yang disebutkan jika diperhatikan dan praktikkan dalam kehidupan seharian dapat menghasilkan kehidupan yang lebih sihat tanpa perlu bergantung kepada ubatan moden mahupun ubatan alternatif.

Rakyat Malaysia harus sedar bahawa hari ini terdapat pakar-pakar kesihatan alternatif yang memiliki pandangan agak berbeza dengan pandangan pakar-pakar perubatan moden dan nutrien konvensional dari segi nutrien dan kaitannya dengan keseimbangan biokimia tubuh.

Gaya hidup yang sihat dan sesuai dalam perspektif perawatan alternatif ialah dengan mengamalkan nutrien holistik iaitu integrasi pelbagai elemen dalam kehidupan memberi kesan kepada tubuh, minda, dan kerohanian. Tiga elemen ini juga berintegrasi secara holistik dalam menentukan tahap kesihatan seseorang.

Artikel ini mula-mula tersiar dalam SEMBANG-SEMBANG HERBA.


Herbalis Bahrain, RH (AHG)

www.sembangherba.blogspot.com
 
< Prev   Seterusnya >

.: Gambar Pilihan :.

IMG_2977.JPG

.: Syndicate :.

Copyright 2010 www.anjungherba.com.