.: Sekilas Info :.

Kami di anjungherba.com prihatin dengan masalah kesihatan tuan, puan. Jadi sekiranya terdapat masalah kesihatan dan ingin mencuba kaedah perawatan herba, sila ajukan masalah kesihatan anda kepada kami dengan maklumat yang lengkap untuk kami analisa dan memberi cadangan perawatannya. Sila emailkan kepada Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
 

.: Bancian :.

Adakah anda percaya pada keberkesanan herba dalam merawat penyakit yang anda alami?
 

.: Siapa di portal sekarang? :.

Kami ada 18 tetamu online
Kempen Gaya Hidup Sihat PDF Cetak E-mail
Wednesday, 20 May 2009
Index Artikel
Kempen Gaya Hidup Sihat
Muka 2

Kanser payu dara dipercayai antara lain berpunca dari susu yang tidak dihisap oleh bayi. Untuk yang belum berkahwin dikatakan ia boleh berpunca dari pergaulan bebas yang terdapat ketika di mana seseorang wanita mungkin termengandung yang mana pada suatu tahap payudaranya sempat bersedia untuk mengeluarkan susu.

Remaja wanita ini dikatakan oleh rakan-rakannya yang boleh dipercayai mengatakan ia bukan jenis liar apatah lagi tidur dengan lelaki walau pun emak dan ayahnya sentiasa sibuk. Apabila ditanya mengenai pemakanan remaja wanita ini kerap minum air bergas, hotdog dan ayam goreng. Beliau tersangat jarang makan nasi apa tah lagi sayur-sayuran.

Sekali imbas makanan-makanan yang disebutkan adalah punca radikal bebas. Kurang atau langsung tidak makan sayur dalah punca kepada kekurangan antioksidan untuk menutralkan radikal bebas yang berlebihan dari makanan-makanan tersebut.

Tubuh sendiri mengeluarkan beberapa jenis antioksidan tetapi sekiranya terdapat radikal bebas secara berlebihan samada dari makanan, ubat-ubatan, stres, maka antioksidan yang dibina secara semulajadi tidak mencukupi untuk menutralkan radikal-radikal bebas yang dinyatakan.
Gula tinggi juga meningkatkan penghasilan radikal bebas dalam sel-sel.

Garam amat penting untuk pelbagai metabolisma dalam tubuh yang mana kekurangan secara keritikal boleh menyebabkan manusia mati. Ia juga tidak boleh berlebihan kerana ia akan menyumbang pelbagai penyakit. Pakar-pakar nutrisi menyarankan seseorang hanya perlu ambil lebihkurang 2.1 gm garam sehari gabungan dari garam yang ditambah dalam makanan dan juga yang bersumber dari makanan-makanan yang dimakan. Walau bagaimana pun terdapat skolar yang menyarankan pengambilan garam sehingga 4 gm sehari contohnya yang dicadangkan oleh seorang doktor holistik, Dr Batmangelidj.

Garam biasanya amat ditakuti oleh penghidap penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi. Pada pandangan saya dan pandangan pakar-pakar nutrisi holistik yang sehaluan, makanlah garam tetapi bukan garam halus yang terproses.

Ambillah garam gunung yang didatangkan dari Pakistan. Garam ini berumur 250 juta tahun dan disebabkan tekanan tinggi selama berjuta-juta tahun menjadikan struktur kristalnya unik. Ia mudah diasimilasi oleh sel-sel dibandingkan dengan garam halus terproses mahu pun garam laut. Pengambilan garam ini dipercayai boleh memperseimbang kandungan elemen-elemen samada yang makro dan juag mikro (elemen-elemen kelumit). Oleh itu pengambilan jangka pajang antara lain dipercayai membantu mengembalikan paras Magnesium yang optima.

Magnesium diperlukan oleh tubuh antara lain untuk pembinaan tenaga dalam sel, membina enzim-enzim detoksifikasi, membantu pembinaan pemuliharaan tulang. Ia juag diperlukan untuk merendahkan paras homocysteine, sejenis penanda biologikal dan radiukal bebas yang dikatakan antara punca pelbagai jenis penyakit.

Menyentuh mengenai makanan bergoreng pula ia memerlukan elaborasi. Pandangan pakar nutrisi konvensional dan pakar nutrisi holistik terdapat sedikit perbezaan. Ingatlah bahawa kentang goreng disalur dengan lelemak terhidrogenasi yang boleh memudaratkan tubuh. Ia mengandungi lemak trans.

Ayam yang digoreng secara terendam lama menghasilkan polycylic aromatic hydrocarbons (PAC) iaitu kumpulan bahan kimia yang menjadi punca radikal bebas dalam tubuh. Antara lain ia boleh mengakibatkan penyakit-penyakit keradangan seperti arthritis, migraine dan jangka panjang dipercayai boleh menyebabkan kanser.

Bagaimana dengan keledek dan pisang goreng? Selain PAC ia juga mengandungi acryl amides yang juga punca radikal bebas yang tinggi. Sekiranya anda biasa makan makanan bergoreng yang disebutkan kenalah latih selera untuk mengurangkannya dari semasa ke semasa.

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan terutama dari pelbagai jenis adalah penting untuk tujuan pemuliharaan kesihatan tubuh secara keseluruhan dan berpanjangan. Ia mengandungi pelbagai jenis fitokimia yang menyumbang sebagai antioksidan sekali gus mengurangkan kemungkinan untuk menghidap kanser.

Kurangkan makan buah-buahan yang manis. Ingatlah rasa manis boleh buat seseorang ketagih sepertimana seseorang ketagihkan kopi atau rokok. Makanan/minuman manis menjadikan kanak-kanak haiperaktif yang dikenali sengan istilah Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Membiasakan diri dengan pengambilan gula tinggi juga dikaitkan dengan perangai 'psycho' dan violence. Akhir kata kembalilah kepada kesederhanaan.

Belajarlah ilmu-ilmu yang boleh membantu menyihatkan tubuh secara berpanjangan. Sebelum berhenti menulis saya teringat bahawa Nabi saw seperti diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa baginda makan kurma masak dengan lepa susu (butter).
 
Ramai pakar nutrisi holistik menyarankan makan makanan karbohidrat dengan makanan berlemak untuk melambatkan pelepasan glukos. Lemak juga menyebabkan seseorang merasa kenyang untuk jangka waktu yang lebih lama. Lepa susu jauh lebih baik dari marjerin walau pun lepas susu mengandungi lelemak tepu rantaian pendek dan kolesterol.

Ingatlah tubuh kita perlukan kolesterol. pengambilan makanan berkolesterol secara sederhana menyebabkan kolesterol meningkat dan kemudian menurun. Tubuh kita mempunyai mekanisma otomatik yang memperseimbang paras kolesterol. Ini ditunjukkan oleh Kajian Framingham bahawa tidak kira jenis apa lemak yang diambil oleh seseorang, paras kolesterol tidak akan dipengaruhi.

Pandangan mana yang perlu didengar? Itu bergantung kepada diri anda. Dalam kebanyakan masa pendapat majoriti mendapat tempat. Tetapi jangan lupa bahawa pandangan-pandangan yang bertentangan juga mendapat tempat kepada individu-individu yang berfikiran terbuka. Untuk membicarakan topik ini ia memerlukan masa dan ruang yang khusus.

Walau pun coretan ini tidak memuatkan semua perkara yang mungkin anda ingin tahu tetapi saya kira ia memadai untuk menyergah/menggerakan minda dan persepsi seseorang.
 
Artikel ini mula-mula tersiar dalam SEMBANG-SEMBANG HERBA.
 

Herbalis Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA

www.sembangherba.blogspot.com



Terakhir dikemaskini ( Thursday, 21 May 2009 )
 
< Prev   Seterusnya >

.: Gambar Pilihan :.

IMG_2971.JPG

.: Syndicate :.

Copyright 2012 www.anjungherba.com.