Misi & Visi
Friday, 08 February 2008
Pengenalan
 
Alhamdulillah, segala pujian hanyalah kepada Nya yang telah menguatkan dan memberikan kami kesempatan untuk melancarkan Portal Info Herba Berkredibiliti untuk  tatapan dan sebagai medan perkongsian ilmu khususnya mengenai herba. Idea mengenai yang membawa kepada kelahiran portal ini adalah hasil buah fikiran yang dijana oleh sekumpulan pengamal, pengusaha dan peminat berkaitan di dalam bidang ini. Portal ini diharap dapat memberikan informasi dalam mengembangkan dan menyemarakkan lagi potensi dan kredibiliti herba.
 
 Malaysia merupakan diantara 12 negara yang mempunyai Biodiversity khususnya tanaman herba yang belum di komersialkan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Mengikut sejarah, masyarakat Melayu di Nusantara ini telah lama menggunakan sumber alam yang terdapat di sekeliling kita untuk tujuan perubatan, penjagaan diri . Namun malangnya, kebanyakan dari tatacara atau petua penggunaannya tidak di dokumentasikan secara teratur dan kekal. Kebanyakkannya di turunkan dari generasi ke generasi secara turun temurun secara lisan. Kekurangan pada perekodan ini telah menyebabkan ianya sukar di iktiraf dan diterima pakai berbanding Ayureda dan Perubatan Tradisional China (TCM) atau Sing-sih. 
 
 Potensi tanaman herba ini sangat besar dan sumber kekayaan baru ini haruslah di teroka dan di kongsi bersama. Dengan itu anjungherba.com berusaha mengisi vakuum tersebut. Kami mengalakkan pengunjung agar berdaftar dengan kami bagi membolehkan anda mengakses ke ruangan yang disediakan khas untuk pengunjung yang berdaftar sahaja. Kami mengharapkan portal ini akan menyumbang kepada peningkatan dan kesedaran potensi herba dalam hidup  kita seharian.
 
Webmaster 
Terakhir dikemaskini ( Sunday, 10 February 2008 )